Enam kapal pukat tunda asing telah ditangkap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Sarawak bulan NOB 2010 setakat ini. Ia membuktikan bahawa pencerobohan perairan Sarawak oleh nelayan asing amat serius. Itu hanya tip of the iceberg kerana jauh di laut sana banyak lagi yang sedang bermaharajalela. Lantas dasar mengenai pemberian lesen Ali Baba seperti diperkatakan sebelum ini amat memudaratkan. Kalaulah di pesisiran pantai mereka berani beroperasi, apatah lagi di luar sana.
Modus operandinya ialah dengan mengibar bendera Malaysia dan menulis nombor lesen palsu seolah-olah ia milik pelesen tempatan. Berton-ton ikan ditangkap dan dibawa ke negara mereka. Selain mengancam khazanah laut kita, mereka juga menghadirkan ancaman keselamatan kepada negara. Malah, imej negara kita telah tercemar dengan dakwaan oleh United Nation Inter Agency Project On Human Trafficking (UNIAP) tentang kejadian pemerdagangan manusia dan buruh paksa yang berlaku di Sarawak.
299 kapal pukat tunda asing juga menikmati minyak diesel bersubsidi yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Maknanya duit pembayar cukai rakyat Malaysia membantu negara asing untuk menangkap ikan di perairan Malaysia untuk dibawa pulang dan juga dieksport balik kepada kita. Wither Malaysia.